Semasa menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Rumah Dayak dan Dewan Rumah Mulok Klua, Saratok, bersama dengan Friday Belik Official , saya mengajak wakil rakyat tempatan untuk berganding bahu dan bekerjasama dalam memastikan kesinambungan pembangunan berterusan di kawasan ini.
Malah, saya juga berharap rakyat memberikan sokongan dan mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk kekal mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang.
Ini amat penting dalam memastikan kesinambungan pembangunan dan kemajuan yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan di negeri ini.
Kerajaan GPS pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan terus membangunkan negeri ini sekiranya terus diberi mandat dalam PRN12 akan datang.